Saturday, July 7, 2007

PENGUCAPAN AWAM
Di sampaikan oleh




Misbahul Munir Hj Masduki (Ketua Penerangan PAS Perak)

1. PENGENALAN

1.2 Unsur-Unsur Ucapan

Ucapan kebiasaannya mengandungi perkara-perkara seperti di bawah. Tidak akan berlaku ucapan tanpa perkara berikut;

§ Pengucap
§ Ucapan
§ Isi Ucapan
§ Khalayak / Audiens
§ Situasi

1.2 Prinsip-Prinsip Ucapan

Prinsip ucapan adalah apa yang kita perlu lakukan agar sesuatu yang ingin disampaikan akan lebih berkesan. Sebarang masalah yang kemungkinan kita hadapi ketika berucap seperti terlupa isi, tiada bahan rujukan buat khalayak / audiens dan audiens kurang faham dengan apa yang disampaikan dapat dikurangkan. Antara prinsip ucapan adalah;

§ Mengumpul bahan
§ Menyusun bahan
§ Mengingat atau menghafal
§ Menggunakan bahasa yang sesuai dan baik
§ Menyampaikan bicara kepada audiens

1.3 Format Ucapan

Ada pelbagai format atau cara untuk berucap. Antaranya ialah;

§ Spontan
- Ucapan bersahaja, tiada persiapan awal; bidan terjun; cth - kenalkan diri, wakil tuan rumah; taklimat, alu-aluan
§ Ekstemporanas
- Ucapan terancang; guna nota; cth – ceramah, kuliah, taklimat
§ Manuskrip
- Ucapan bertulis; dibaca dari A – Z; cth – ucaptama, ucapan dasar, khutbah
§ Hafalan
- Ucapan yang dihafal; ucapan ringkas; cth – majlis-majlis tertentu spt hari jadi; perpisahan dll


1.4 Perbandingan Ucapan

Daripada perkara di atas (format ucapan), di sini dapat kita bandingkan kebaikan dan keburukan cara kita berucap dan bagaimana untuk kita mengatasi permasalahan ini.


1.5 Pengkelasan Ucapan

Dalam kita ingin berucap, kita perlu mengetahui apakah pengkelasan bagi ucapan yang ingin kita sampaikan. Adakah ia berjenis;

• Menerang
– Menjelas, mendidik, memaklum khalayak mengenai sesuatu. Cth: ceramah, taklimat, kuliah

• Memujuk
– Menarik perhatian, mempengaruhi khalayak untuk bertukar fikiran, mendapat sokongan, dan bertindak. Cth: jualan produk, ceramah politik, motivasi, doktrinasi

• Berbincang atau berdebat
– Bertukar pandangan. Cth: forum, simposium, usrah

• Syarahan umum
– Syarahan umum. Cth: Ucaptama, khutbah, pidato

• Mengibur
– Menglipulara khalayak. Cth: lawak, cerita, pengkisahan


2. ANALISA AWAL DALAM UCAPAN

2.1 Persiapan Awal


Sebelum memulakan sebarang ucapan, sebagai persediaan kita perlu membuat analisis terhadap perkara-perkara di bawah;

§ Analisa majlis
§ Analisa topik
§ Analisa khalayak

2.1.1 Analisa Majlis

§ Penganjur
§ Tujuan
§ Tema
§ Tarikh, hari tertentu
§ Masa
§ Tempat
§ Jangkaan bilangan hadirin

2.1.2 Analisa Topik

§ Tema majlis
§ Topik yang diberikan
§ Keyakinan diri terhadap topik
§ Skop kandungan topik
§ Bahan untuk topik

Bagaimana?

• Mencari maklumat
– Perpustakaan, internet; media cetak dan elektronik (maklumat biblio perlu tepat)
• Mengumpul data
– Kajian pustaka, soalselidik, ujian, pemerhatian, temubual
• Menyusun dan mengolah maklumat dan data
– Sintesis, analisis, dan pengolahan maklumat serta data

2.1.3 Analisa Hadirin/Pendengar

• Latar
– Umur
– Jantina
– Etnik
– Status sosio-ekonomi
– Tahap pemikiran
– Sikap
– Profesion, kerja, aktiviti
– Keadaan sosio-budaya setempat
– Keanggotaan dalam badan tertentu
– Kecenderungan: sosial, politik, ekonomi

• Jenis
– Sukarela (voluntary)
– Terpaksa (captive)

Bagaimana?

• Menawan hati hadirin
– Kenalpasti persamaan nilai, harapan, cita-cita, dan pandangan
– Meraikan kehadiran hadirin
– Melibatkan hadirin
• Berinteraksi dengan hadirin
– Memberi ruang untuk soalan, kemusykilan, komen yang mungkin timbul
• Menangani maklumbalas dari hadirin
– Prihatin terhadap bahasa badan; positif, negatif
• Menangani gelagat hadirin
– Budi bicara dalam mengambil tindakan


3. PENYEDIAAN KANDUNGAN

3.1 Mengumpul dan Menyusun Isi


• Mengumpul maklumat dan bukti
– Bacaan latar
– Mencari maklumat; perpustakaan, Internet
• Menyusun kandungan
– Susun idea mengikut keutamaan
• Menyediakan alat-bantu/alat-padang dengar (APD)
– Slaid, foto, audio, video, transparensi dll

4. TEKNIK BERUCAP 1 : PENYAMPAIAN

4.1 Urutan Penyampaian


• Aspek permulaan
– Bagaimana menarik perhatian?
– Bagaimana mulakan ucapan?
• Aspek isi
– Bagaimana susun atur isi?
– Bagaiamana menyampaikan isi?
• Aspek penutup
– Bagaimana mengakhiri ucapan?

4.1.1 Aspek Permulaan

• Ucapan salam
• Protokol sebutan
• Tarikan
– Nyatakan tujuan
– Pantun
– Petikan kata-kata, ucapan
– Cerita
– Tanya soalan
– Penghargaan
– Hubungkait khalayak dengan majlis/topik
– Gambaran isi ucapan

Mulakan ucapan selamat dan salam (dalam majlis yang dihadiri majoriti orang Islam, ucapan salam diikuti dengan puji-pujian kepada Allah, selawat atas nabi, menyatakan kesyukuran kepada Allah, dan memohon petunjuk) disusuli dengan alu-aluan kepada tetamu, tuan rumah, penganjur, dan para hadirin dengan mengikut protokolnya.
Selamat malam, salam sejahtera, salam hormat, salam persaudaraan dan seumpamanya.
• Tetapi sekiranya penceramah boleh menyebut ucapan salam dalam bahasa lain selain dari bahasa ibundanya yang boleh difahami oleh sebahagian dari hadirin maka ia adalah suatu penghargaan kepada mereka yang hadir.


Atau boleh juga dimulakan dengan ucapan penghormatan di susuli dengan ucapan salam.
• Yang berusaha saudara Pengerusi Majlis, Yang diraikan Tuan Haji …..Yang dihormati Pengerusi Persatuan….dan seterusnya mengikut protokol masing-masing

Atau boleh dimulakan dengan petikan ayat-ayat suci, sabda Nabi, atau kata-kata mutiara dan ikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
Firman Tuhan....
• Nabi s.a.w. pernah bersabda….
• Seorang pujangga terkenal pernah berkata....


Atau dimulakan dengan anekdot ringkas dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
Dalam perjalanan saya ke sini tadi, saya terserempak dengan…
• Dua tahun yang lalu, saya pernah melawat bukit ini….


Atau dimulakan dengan soalan dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
• Sebelum saya memulakan ucapan saya, saya ingin tahu berapa ramaikah dari kita yang di sini mempunyai minat untuk….

Atau dimulakan dengan pantun dan diikuti dengan ucapan salam dan penghormatan.
• Kalau roboh kota Melaka
• Papan di jawa saya dirikan
• Kalau benar bagi dikata
• Jiwa dan raga saya korbankan

Ucapan seterusnya ialah mewujudkan pertalian yang harmoni di antara hadirin dengan topik atau risalah yang akan diperkatakan atau menjelaskan kenapa topik yang ingin disampaikan itu adalah penting.
Saya percaya perjumpaan kita kali ini adalah amat penting bagi membicarakan satu agenda yang hangat diperbincangkan dalam masyarakat dewasa ini.
• Berdirinya saya di sini bukan untuk mengajar saudara-saudari mengenai cara bagaimana tetapi saya ingin berkongsi pengalaman.
• Izinkan saya merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur yang sudi menjemput saya untuk….
• Saya berasa amat bertuah kerana dapat bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan….
• Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan tuan-tuan dalam menjayakan program ini….
• Saya tumpang gembira di atas kejayaan saudara pada hari ini….

Ucapan ini diikuti dengan penyataan objektif ceramah yang ingin disampaikan
Tujuan kita berkumpul hari ini ialah untuk merakamkan penghargaan kita kepada …
• Ceramah kita bertujuan….
• Perjumpaan kita adalah diharapkan/bertujuan……
• Ceramah saya kali bertajuk …..Saya mengharapkan mudah-mudah dengan pembentangan pada pagi ini….
• Topik yang diberikan kepada saya ialah ……
• Topik ucapan saya ialah…..

Kemudian ucapan ini disusuli dengan menyatakan susunan isi kandungan penyampaian yang akan dibuat.
Saya akan mengemukakan beberapa fakta mengenai masalah ini, kemudian memberi ulasan mengenainya, dan akhir sekali saya akan memberi peluang pada tuan-tuan untuk mengajukan soalan dan respons.
• Pada kali ini saya akan menjelaskan bagaimana gempa bumi boleh berlaku, kemudian kita akan menonton video mengenai gempa bumi yang berlaku di beberapa buah negara, dan selepas itu saya akan memberikan lima soalan bagi menguji kepintaran anda.


4.1.2 Aspek Isi

• Sampaikan idea mengikut keutamaan
• Sokong idea dengan bahan atau bukti termasuk fakta, objek, hasil kajian, pendapat orang berautoriti, logik
• Gunakan retorik yang sesuai: naratif; deskriptif,demonstrasi, proses, perbandingan, sebab-akibat, analisis, persuasif, argumentatif, humor
• Gunakan APD yang sesuai

• Sebutkan penanda pada idea-idea atau hujah-hujah anda dengan menggunakan alat penyambung ayat: pertama, kedua, ketiga, dan seumpamanya
• Sebutkan idea atau hujah anda satu persatu
• Sokong idea atau hujah anda dengan fakta, bukti, dan contoh-contoh
• Simpulkan idea atau hujah anda

Bagi memastikan anda mempunyai isi kandungan ucapan, tanyakan diri anda:
• Apakah idea atau hujah pertama anda?
• Apa yang anda akan perkatakan?
• Apakah bahan sokongan anda?
• Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang pertama?
• Apakah idea atau hujah kedua anda?
• Apa yang anda akan perkatakan?
• Apakah bahan sokongan anda?
• Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang kedua?
• Apakah idea atau hujah ketiga anda?
• Apa yang anda akan perkatakan?
• Apakah bahan sokongan anda?
• Bagaimana anda menyimpulkan idea anda yang ketiga?

Pengurusan Isu

Bagaimana Mengurus Isu Supaya
• Isu sampai ke akar umbi (pengundi)
• Isu difahami oleh pengundi
• Isu boleh mengubah minda pengundi
• Pengundi akhirnya UNDI PAS

Pengurusan Isu

• Tentukan beberapa objektif yg nak dicapai
• Tentukan sasaran (siapa, tempat, masa)
• Tentukan juga latarbelakang sasaran
• Pilih tajuk (aqeedah, isu semasa)
• Pilih penceramah
• Pilih tektik & strategi
• Muhasabah (menilai keberkesanan – tercapai atau tidak objektif

4.1.3 Aspek Penutup

• Penanda penutup (frasa)
• Rumus
• Harapan
• Petikan kata-kata
• Pantun
• Peribahasa
• Panghargaan
• Doa

Bagi memudahkan hadirin memahami bahawa anda telah sampai ke penghujung ucapan, anda boleh berikan petanda, misalannya:
Sebagai kesimpulan, saya kira beberapa perkara dilihat…
• Akhir sekali, saya ingin menegaskan……
• Sebagai penutup bicara, marilah kita…….

Anda harus menekankan beberapa perkara penting dengan mengimbas semula perkara-perkara tersebut yang telah disampaikan, misalannya:
Saya akhiri ucapan saya, saya ingin menekankan sekali lagi betapa pentingnya….
• Sebentar tadi saya telah mengemukakan kepada tuan-tuan mengenai 5 perkara pokok bagaimana kita dapat mengurangkan kadar kemalangan dalam negara. Pertama…, kedua…(secara ringkas)


Kemudian, anda mengingatkan hadirin supaya mengambil langkah-langkah yang perlu setelah selesai mereka mendengar ucapan anda, contohnya:
• Saya mengharapkan tuan-tuan akan bersama dengan saya dalam bertindak menangani hal ini seberapa segera.
• Semoga ucapan tadi dapat dimanfaatkan oleh tuan-tuan.
• Apa yang saya sampaikan hanyalah pengalaman saya berkhidmat dalam organisasi ini selama 30 tahun. Saya berdoa semoga tuan puan akan memelihara nama baik organisasi ini.


• Anda mengakhiri ucapan dengan petikan kata-kata hikmat, peribahasa atau seumpamanya.
Sebelum saya berundur izinkan saya bacakan satu petikan kata-kata oleh…….
• Sebagai peringatan akhir, saya ingin bacakan suatu ayat suci…
• Keputusan di tangan anda...
• Anda adalah orang yang bertanggungjawab untuk membawa perubahan di tempat, bukan saya.

Akhir sekali, anda menutup ceramah atau syarahan dengan rasa rendah diri; memohon kemaafan sekiranya terkasar bahasa, dan ditutup dengan memberi salam atau ucap selamat serta terima kasih.
Bagi penceramah Muslim, elok disebutkan bahawa yang baik dan benar itu dari Allah, manakala yang salah dan lemah itu adalah dari diri sendiri dalam menyampaikan risalah, berdoa memohon keampunan, petunjuk dan rahmat dari Allah untuk diri sendiri dan hadirin seluruhnya.


5. TEKNIK SEMASA BERUCAP 2 : BAHASA LISAN & BAHASA BADAN

5.1 Bahasa Lisan

• Nahu
• Struktur
• Gaya dan lenggok
• Perkataan yang sesuai
• Pantun, seloka, gurindam
• Ungkapan: peribahasa, simpulan, metafora, bidalan, kiasan
• Penanda sambungan idea
• Retorik dan logik
• Kesesuaian dengan tahap dan jenis hadirin

• Penceramah harus bijak memilih gaya bahasa apabila berucap di khalayak ramai.
• Dalam ucapan spontan dan ekstemporanas, kebiasaannya penceramah akan menggunakan bahasa percakapan yang formal dan bujukan bahasa buku atau bahasa penulisan.
• Manakala dalam ucapan hafalan dan manuskrip pula, penceramah lazimnya akan menulis ucapannya dalam bentuk bahasa buku atau bahasa penulisan sebelum menyampaikannya.

5.2 Menyatakan pendirian


5.2 Bahasa Badan

• Kelakuan tangan (gestures)
• Kelakuan badan (postures)
• Cemek muka (facial expressions)
• Temuan mata (eye contact)
• Penggunaan ruang (proximity)
• Kejelasan suara (clarity)
• Kelancaran: bahasa dan idea (fluency)
• Pakaian (attire)
• Hiasan (jewelry, cosmetics)

5.2.1 Kelakuan tangan (gestures)

• Menyokong perkataan atau ucapan anda (misalnya dengan menunjukkan tiga jari bagi menyatakan 3 perkara penting, menunjukkan tapak tangan mengarah kepada hadirin yang bermaksud supaya hadirin bersabar) atau
• Mengukuhkan hujah (misalnya dengan mengepalkan jari menjadi penumbuk untuk menunjukkan kesatuan, menggerakkan tangan dari kiri ke kanan untuk menunjukkan kesemua hadirin akan terlibat sama dalam sesuatu aktiviti.) Atau
• Membakar semangat hadirin (misalnya dengan menuding jari kepada hadirin untuk menunjukkan bahawa hadirin bertanggungjawab mengenai sesuatu perkara, mengangkat tangan kanan tinggi sedikit dan menggerakkannya ke atas dan ke bawah sebanyak 3 kali) atau
• Menyatakan tidak setuju sesuatu perkara (misalnya dengan menggeleng kepada atau menggerakkan jari telunjuk ke kiri dan kanan).


5.2.2 Kelakuan tubuh (posture)

• Berdiri tegak dengan gaya bebas menunjukkan keyakinan diri penceramah.
• Berdiri tegak di belakang podium dengan sekali sekala memegang podium untuk menggambarkan keyakinan diri.
• Duduk dengan sopan bila berhadapan dengan hadirin khususnya apabila duduk di set sofa dalam program forum.
• Meletakkan tangan di atas podium atau rostrum sekali sekala dan tidak terlalu lama untuk menunjukkan kesediaan penceramah.
• Membongkokkan badan sedikit ke hadapan untuk menunjukkan kesungguhan berkomunikasi dan mendekati hadirin.
• Bergerak ke kanan atau ke kiri di sebelah podium bagi menarik perhatian hadirin

5.2.3 Memek muka atau air muka (facial expressions)

• Muka senyum
• Muka marah
• Muka sedih
• Muka benci
• Muka takut
• Muka terkejut

5.2.4 Temuan mata (eye contact)

• Orang yang sedang berkomunikasi secara interpersonal (berbual) akan terlibat dengan temuan mata sebanyak 50 hingga 60 peratus,
• Penceramah pula akan membuat temua mata dengan hadirin sebanyak 40 peratus.
• Orang yang mendengar orang lain bercakap akan membuat temuan mata dengan purata sebanyak 70 peratus.

5.2.5 Penggunaan ruang (proximity)

• Tempat berdiri/duduk peceramah
• Ruang antara tempat berceramah dan tempat hadirin
• Tempat duduk hadirin
• Ruang di antara hadirin

5.2.6 Suara yang jelas (clarity)

• Nada monoton
• Nada pelbagai alunan dan kesesuaian
• Volume suara

5.2.7 Kelancaran (fluency)

• Kadar kelajuan ucapan dalam pengucapan awam dalam masyarakat Amerika biasanya adalah antara 125 hingga 190 perkataan seminit. (Grice & Skinner 1998)
• Kebanyakan orang bercakap dengan kadar di antara 120 hingga 200 perkataan seminit, tetapi kemampuan manusia memahami apa yang diucapkan ialah dalam kadar 600 perkataan seminit (Peoples 1992)

5.2.8 Pakaian (attire)

• Tujuan ceramah (formal atau tidak formal).
• Topik ucapan
• Latar belakang hadirin (profesional, pekerja kolar biru, orang kampung)
• Budaya setempat (etnik, ugama, status dalam masyarakat)
• Tempat ceramah (dewan besar, bilik kecil, masjid/surau, tempat terbuka, padang)
• Iklim, cuaca, dan suhu bilik atau tempat.



6. TEKNIK SEMASA BERUCAP 3 : PENGGUNAAN APD


6.1 Alat Pandang Dengar

• APD bukan elektronik
– Objek (botol, senapang, kerusi)
– Papan putih/hitam/hijau
– Carta singkap
– Bahan bercetak
• APD elektronik
– OHP
– LCD projector
– Pita Audio, pita Video
– TV
– Radio
– Perakam keset
– Visualizer
– Kamera Digital

6.2 Objektif APD

• untuk menjelaskan, mengukuhkan, membantu mengingatkan hadirin tentang isi kandungan ucapan, dan meningkatkan minat serta tumpuan hadirin terhadap apa yang disampaikan oleh penceramah.

6.3 Daya ingatan

• 10 peratus apa yang dilihat selepas ceramah,
• 20 peratus dapat diingat dari apa yang didengar
• 50 peratus dapat diingat dari apa yang didengar dan dilihat
• 80 peratus dapat diingat dari apa yang dilihat, didengar, dan dibuat

6.4 Keberkesanan APD

• Kesan yang positif dalam pengucapan awam
– Proses pembelajaran bertambah baik 200% (kajian di University of Minnesota), kemampuan untuk mengingat bertambah 38% (kajian di University of Wisconsi),
– Kadar masa bagi menerangkan mengenai sesuatu produk dapat dikurangkan dari 25% kepada 40% (kajian di Wharton School of Business (Peoples, 1992:5).
• Tahap komitmen pelanggan terhadap pengenalan produk baru (University of Minnesota)
– lebih ramai pelanggan (peningkatan dari 26% kepada 43% sebelumnya) sanggup membayar lebih daripada harga asal apabila penceramah yang memberi penerangan mengenai produk tersebut menggunakan APD (Peoples, 1992:5).

6.5 Keperluan dan Kesesuaian

• Tujuan
• Suasana majlis dan tempat
• Bilangan hadirin
• Waktu
• Kemudahan APD
• Penggunaan APD yang sesuai

6.6 Bahan APD

• Grafik
• Foto
• Lukisan
• Gambarajah
• Carta
• Animasi
• Poster
• Objek
• Tulisan
• Artifak
• Slaid
• Edaran *

6.7 Pantang Larang

• Ketrampilan tidak meyakinkan
• Kaku, takut, gemuruh
• Terlalu apologetik
• Takabbur, ujub, riya’
• Tidak tepati masa
• Bahasa yang lemah
• Utamakan “politik” dari professional

6.7 Kejutan

• Kabel tidak ada
• Disket rosak, tak boleh baca
• Program rosak
• Cahaya terlalu cerah
• Soket tidak cukup
• Model OHP tidak sama
• Bekalan letrik terputus
• Bilik terlalu kecil
• Pembesar suara tidak berfungsi


7. KESIMPULAN

• Pengucapan awam perlu kepada pendedahan, latihan, dan pemantapan
• Pengalaman masa lalu menjadi guru penting
• Pembaikan berterusan perlu dijadikan satu strategi pemantapan diri


- Pendidikan - Diploma Pengurusan Bank, UiTM. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh - Persatuan - Persatuan Bekas Pelajar Izzuddin & Ta'ayah (PBPSISTA)