Thursday, August 2, 2007

ANCAMAN TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA

Bahagian Ketiga..

Penubuhan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

Penubuhan IFC atau Inter Faith Comission telah dicadangkan oleh Maljis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS). Memorandum mengenai cadangan tersebut telah dihantar kepada Majlis Peguam Negara pada 21 Ogos 2001. Bagaimanapun cadangan penubuhan IFC gagal menarik penyertaan NGO Islam kecuali Sisters In Islam (SIS). Namun begitu, ini tidak mematahkan semangat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang dan berfungsi seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia atau SUHAKAM. Kalau SUHAKAM mempunyai kuasa untuk menerima aduan-aduan yang berkaitan dengan kes pencabulan hak asasi manusia maka IFC pula akan mempunyai kuasa untuk menerima serta melayan aduan-aduan yang berkaitan dengan agama termasukjuga menentukan status agama seseorang termasuk umat Islam.

Draf mengenai undang-undang penubuhan IFC telah dikemukakan pada Januari 2005 dan telah diserahkan kepada pihak kerajaan. Desakan dan gesaan telah dibuat kepada pihak kerajaan supaya merealisasikan penubuhan IFC dengan segera. Meskipun penubuhan IFC belum lagi diluluskan tetapi tidak ada sebarang kenyataan rasmi yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk menolak penubuhan suruhanjaya itu. Tindakan sekumpulan NGO untuk menubuhkan IFC telah mendapatkan bantahan dan tentangan daripada pertubuhan dan masyarakat. Sekumpulan 14 NGO Islam yang bergabung di dalam Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN) telah membantah penubuhan IFC. Beberapa siri kempen dan siri penerangan telah diadakan untuk menjelaskan kepada masyarakat Islam tentang bahaya penubuhan IFC ini.

Kalau penubuhan IFC menjadi realiti, ia akan mengancam kedudukan dan menghakis akidah orang Islam di negara ini. Ini kerana matlamat utama penubuhan IFC ialah untuk meminda beberapa ajaran asas di dalam agama Islam. Sebarang bentuk pindaan itu akan mengancam ! kedudukan dan hak orang Islam. Membenarkan IFC berbuat demikian ; merupakan satu campur tangan secara langsung di dalam urusan S. agama Islam. Dengan itu ia akan menyebabkan kedudukan mahkamah syariah dan agensi Islam turut terancam. Adalah sesuatu yang ironis membenarkan orang-orang bukan Islam mencampuri urusan umat Islam apatah lagi mempertikaikan status agama orang-orang Islam.

Walaupun IFC belum ditubuhkan secara rasmi tetapi berbagai tuntutan telah dibuat melalui badan itu. Di antara tuntutan yang dianggap tidak munasabah dan mencabar kesabaran umat Islam ialah seorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. Si anak harus diberikan kebebasan untuk menentukan agama yang akan dianuti oleh mereka apabila mencapai umur 18 tahun. Selain itu IFC juga menuntut orang bukan Islam iaitu para saudara baru yang telah memeluk Islam diberikan kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka. Dengan kata lain, mereka boleh keluar dari Islam atau murtad tanpa boleh dikenakan tindakan undang- ­undang. Mereka juga menuntut supaya kes murtad tidak dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi oleh mahkamah sivil.

Tuntutan IFC juga boleh mencemarkan Islam apabila meminta supaya orang bukan Islam dibenarkan menggunakan perkataan suci Islam. Manakala Bibel dalam Bahasa Melayu atau Indonesia dibenarkan untuk diedarkan kepada orang ramai secara terbuka termasuk untuk masyarakat Islam. Lebih gila ialah apabila IFC menuntut supaya wang hasil zakat yang dibayar oleh orang Islam boleh digunakan untuk keper­luan orang bukan Islam. Tuntutan yang dibuat itu jelas tidak mempunyai asas dan sandaran yang kuat. la memperjelaskan betapa wujudnya satu agenda dan gerak kerja yang tersusun untuk mencabar Islam.

Sekiranya penubuhan IFC diluluskan, ia akan membuka ruang kepada orang bukan Islam untuk campur tangan dalam hal ehwal agama Islam dan orang Islam untuk bebas memeluk mana-mana agama tanpa apa­apa halangan. Sebab itulah, umat Islam perlu menyuarakan bantahan dan menunjukkan sikap penentangan mereka terhadap penubuhan IFC.

- Pendidikan - Diploma Pengurusan Bank, UiTM. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh - Persatuan - Persatuan Bekas Pelajar Izzuddin & Ta'ayah (PBPSISTA)