Thursday, August 2, 2007

ANCAMAN TERHADAP ISLAM DI MALAYSIA

Bahagian Kedua..

Road Show Kumpulan Artikel 11

Tidak cukup dengan cadangan penubuhan IFC, para pendokong NGO bukan Islam juga berusaha menjadikan agar undang- undang Islam tunduk kepada Deklarasi Hak Asasi Manusia yang dikemukakan pada tahun 1948. Bagi menjayakan matlamat itu, mereka telah membuat penafsiran semula terhadap Artikel 11 yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kebebasan beragama bagi penduduk di negara ini. Merujuk kepada artikel itu, Kumpulan Artikel11 telah membuat tuntutan supaya kebebasan beragama kepada masyarakat bukan Islam hendaklah dipertahankan. Ini tidak sepatutnya menjadi isu kerana orang bukan Islam tidak pernah dihalang daripada mengamalkan agama masing-masing. Mereka boleh mendirikan rumah ibadat dan menjalankan upacara keagamaan secara bebas. Malahan beberapa perayaan besar agama mereka seperti Hari Wesak, Thaipusam, Hari Krismas dan sebagainya telah disambut secara besar-besaran.

Walaupun Islam merupakan agama rasmi negara tetapi agama-agama lain adalah dihormati. Oleh itu, tindakan mereka mempertikaikan beberapa peruntukan dalam Artikel 11 adalah satui tindakan yang berniat jahat. Mereka mempertikaikan peruntukan dalam Artikel 11 (4) yang melarang masyarakat bukan Islam menyebarkan ajaran agama mereka kepada orang Islam. Mereka mahu supaya artikel ini dimansuhkan dengan itu semua mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan mana-mana agama. Cara penafsiran yang mereka buat berhubung dengan kebebasan beragama di dalam Artikel 11 jelas boleh menggugat kedudukan agama dan umat Islam. Mereka mahu Artikel 11 difahami sebagai kebebasan untuk menganut agama dan juga kebebasan untuk keluar daripada mana-mana agama termasuk Islam. Begitu juga dengan kebebasan agama diertikan sebagai kebebasan untuk menyebarkan mana-mana agama kepada penduduk negara ini termasuk orang Islam.

Pakatan ini bukan sahaja dianggotai oleh golongan bukan Islam tetapi juga membabitkan orang Islam khasnya dari pengamal undang-undang di negara ini. Desakan yang dibuat oleh Kumpulan Artikel 11 merupakan satu pencerobohan ke dalam amalan agama umat Islam. Mereka secara terang-terangan mempertahankan hak orang Islam untuk keluar atau murtad daripada agama Islam sebagai sebahagian hak asasi serta kebebasan beragama.

Asas yang digunakan untuk menyokong tafsiran itu ialah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 yang menyatakan seseorang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, beragama dan seumpamanya. Deklarasi itu tidak boleh dipadankan pad a Islam yang mempunyai konotasi makna dan tafsiran yang tersendiri mengenai takrif kebebasan. Mengikut perspektif barat, kebebasan bermakna seseorang manusia be bas berbuat apa sahaja termasuk juga melakukan hubungan seks secara bebas, menukar agama dan sebagainya. dalam Islam, perbuatan­perbuatan dianggap sebagai satu kesalahan yang serius dan tidak boleh ditakrifkan sebagai kebebasan. Dalam Islam, kebebasan adalah tahap dan batasan di mana perbuatan menukar agama atau murtad adalah merupakan satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman.

Perbuatan Kumpulan Artikel 11 mengadakan road show seperti forum dan seminar di beberapa buah negeri seperti Pulau Pinang, Johor dan Selangor boleh mencetuskan ketegangan dan mengganggu kehar­monian kaum serta agama. Mereka tidak sepatutnya membuat tafsiran berdasarkan kepada kefahaman sendiri dan skema barat tanpa merujuk kepada pandangan para alim ulama. Tindak-tanduk Kumpulan Artikel 11 itu boleh mengancam dan menghakis akidah orang-orang Islam serta merbahaya kepada keselamatan negara Malaysia.
- Pendidikan - Diploma Pengurusan Bank, UiTM. Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh - Persatuan - Persatuan Bekas Pelajar Izzuddin & Ta'ayah (PBPSISTA)